Saturday 27 April 2013

Movie Review :A Werewolf Boy..movie dari Korea Selatan yg best!

Entry ke 4  ni saya nak buat movie review jugak.Al maklumlah duk rumah ni xde kerja nak buat tgk movie je lah.Movie ni berasal dari negara Korea Selatan dan negara ini mempunyai ramai peminat dari seluruh negara yg meminati music dan drama diorang.Tajuk movie ni ialah A Werewolf Boy (amacam? dengar tajuk pon dah tau mesti citer ni best).Movie ini dibintangi Soong Joong Ki(werewolf) dan Park Bo Young.A Werewolf Boy ditayangkan pada Disember 2012 *citer ni dah lama dah sebenarnya,disebabkan saya minat ceritanya melalui trailer sebab tu saya pulun jugak mencari citer ni,cari DVD pon x jumpa jugak so kenalah pirate download sebab terdesak..bukan senang nak cari cerita ni tau

Ok lah..saya buat sinopsis sikit tentang A Werewolf Boy ni, ceritanya mengisahkan Suni (Park Bo Young) bersama ibu dan adik perempuannya yg baru berpindah ke rumah baru selepas kematian bapanya.Rumah Suni ni terletak bersebelahan dengan bangsal yg mengurung banyak anjing2 serigala pada suatu masa dahulu.(masa diorang pindah tu,anjing2 serigala ni dh xde dah).Nak dijadikan cerita,pada waktu malam,Suni x boleh tidur dan dia terdengar bunyi dari luar rumahnya.Dia ingatkan ada perompak,so, dia keluar rumah dan masuk ke bangsal yg terletak bersebelahan rumahnya itu.Dalam bangsal tu pulak,ada bilik..bilik tu boleh dibuka dari luar.(pandai2 lah korang imagine).Suni ni pergi gatal tangan bukak pintu bilik tu..dah tu,keluar la werewolf boy nya..lepas werewolf boy ni keluar,dia menyorok..dari situ lah bermula nya kisah Suni dan Werewolf Boy yg dinamakan Cheol Su oleh ibunya.

Review saya,cerita ni sekali imbas macam citer omputih Twilight tu..tapi,cerita ni amat berbeza dengan Twilight.Cerita ni berlatar belakangkan zaman 50-an ( Korea selepas zaman penjajahan).Bagi saya cerita ni menarik sangat dan lain dari movie Korea yg kita tgk asyik nangis je.Suni dan Cheol Su ni sangat sweet dan saya suka dengan penceritaan nya .Jadi,saya bagi 5 bintang untuk A Werewolf Boy.Memang susah giler nak dpt free download movie ni,in the end saya kena download dari torrent.Endingnya  pon boleh tahan sedih la.


Ini lah posternya! 

Trailer nya pulak!A Werewolf Boy..

p/s: Selamat menonton..betula cakap saya..movie ni best

No comments:

Post a Comment